News - Internet Down
Posted by syafaat on
June 30, 2008
Pihak Syafaat Enterprise memohon maaf atas masalah ketiadaan khidmat Internet buat masa ini, di atas masalah ‘host’ ISP kami yang belum lagi dapat diselesaikan.
Di atas kesulitan ini, pihak Syafaat Enterprise cuba mencari alternatif lain untuk mengwujudkan perkhidmatan Internet di kampung ini.
Berita baik akan anda ketahui dalam seminggu ini! harap bersabar.
tags: news
No Comments
Kafe - Renovasi dan Penambahan
Posted by syafaat on
June 29, 2008
Syafaat Enterprise akan memulakan renovasi premis kami bermula 1 Julai 2008. Renovasi ini bertujuan untuk menambah ruang untuk kegunaan kafe dan juga penambahan komputer. Dan proses renovasi ini dijangka selesai dalam masa 3 minggu.
Selepas proses renovasi ini, dijangkakan penambahan komputer sebanyak 4 buah dan pelbagai aplikasi komputer baru akan dipasang untuk memenuhi kehendak pelanggan kami. Syafaat Enterprise juga akan menambah jenis perkhidmatan dan juga mungkin akan menjual produk-produk tertentu terutamanya barangan dan keperluan komputer.
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang menyusahkan pihak pelanggan kami.
tags: kafe, komputer, maintenance, renovasi, service
Comments Off
BARU! VCD dan Koleksi Gambar Unduk Ngadau 2008
Posted by syafaat on
June 26, 2008
Syafaat Enterprise ada menjual VCD dan koleksi gambar untuk acara Unduk Ngadau 2008 peringkat daerah Pitas.
1. VCD Unduk Ngadau Pitas 2008 - keluaran Bayo Pictures sdn bhd
2. Koleksi Gambar-Gambar Peserta Unduk Ngadau
Sila Hubungi lebih awal untuk tempahan ! 088663769. atau terus ke kafe kami di kg. Pinggan-Pinggan
Perkhidmatan Sekretariat
Posted by syafaat on
June 24, 2008
Kami menyediakan kemudahan ini untuk penduduk sekitar Pinggan-Pinggan dan Pitas amnya, agar orang ramai tidak lagi membazir kos untuk turun ke pekan/ Kota Marudu yang tambangnya semakin meningkat.
Kami juga menawarkan khidmat dengan mana-mana jabatan kerajaan yang memerlukan khidmat publisiti di daerah ini, termasuklah khidmat membuat banner, brochure dan pelbagai lagi template
Antara Perkhidmatan termasuklah :
1. Draft dan menaip surat/ dokumen
2. Faksimili / fax
3. Printing
4. Scanning
5. dan sebarang dokumen/ template untuk acara/ majlis
6. Draft minit Mesyuarat
7. Rekabentuk/ publisiti untuk katalog, notis, pengumuman, brochure, dan sebagainya
8. Khidmat marketing/ promosi atau announcement melalui Internet ( menerusi online ke komuniti Pitas)
Untuk maklumat lanjut dan rundingan, sila-silah berkunjung ke kafe kami atau email/ telefon terus ke kafe kami
Jualan VCD Sempena Tahun Baru Cina 2008
Posted by syafaat on
June 22, 2008
Sempena Tahun Baru Cina 2008 Peringkat Daerah Pitas, di kampung Salimpodon Laut
Jika anda berminat dengan VCD yang tersenarai di bawah, anda boleh lah datang ke kafe kami.
- VCD Majlis Pelancaran dan Penutupan bersama artis Jemputan
- VCD Pertandingan Poco-Poco
- VCD Pertandingan Battle of the Band
- VCD Pertandingan Karaoke secara Duet
- VCD Pertandingan Karaoke Kanak-Kanak
- VCD Pertandingan Karaoke Terbuka
- VCD Pertandingan Karaoke Dangdut
tags: kafe, karaoke, pitas, Salimpodon, tahun baru cina, vcd
Comments Off
Perkhidmatan Sistem Komputer
Posted by syafaat on
June 19, 2008
Syafaat Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan. Salah satu cabang niaga kami tubuhkan ialah perkhidmatan sistem komputer yang menawarkan khidmat juru runding dan penyelesaian mengenai Internet dan sistem IT anda. Misi perkhidmatan kami adalah untuk menyediakan infrastuktur yang anda gunakan selesa dan memudahkan kerja/ operasi anda mengikut kesesuaian lokasi, jenis perniagaan dan peruntukkan anda.
Syafaat Enterprise menawarkan pemasangan sistem komputer/ networking yang baru, mengemaskini atau menaik-taraf sistem dan termasuk maintanence dan backup data. Syafaat Enterprise akan membantu anda dalam mengurangkan kos pemasangan infrastruktur IT anda.
Syafaat Enterprise juga mengadakan khidmat juru- runding (consulting) bagi menentukan cara dan “tool” terbaik untuk operasi/ sistem syarikat anda dengan mengambil kira kos peruntukkan yang anda inginkan.
1) Services & Maintenance
• Baikpulih komputer
• Rangkaian (networking) komputer
• Komputer “Server”
• Peralatan dan sokongan komputer
2) Computer System, Networking & Solutions
• Rekabentuk & sistem komputer
• Networking komputer
• Printer
• Komputer “Server”
• Semua Peralatan dan sokongan komputer
3) Internet Infrastructure
• Internet Connectivity
• Networking
• Data Sharing & Security
• Application Solution
4) E- Business (B2B, B2C)
• Website and Design
• Domain and Hosting
• Email Services
• Other Web-based Application
*new update coming soon
tags: aplikasi web, computer service, e-commerce, firewall, hosting, infrastuktur, Internet, konsulting, maintenance, networking, portal, security, server, web aplication, web design, wireless
Comments Off
Tukar/ Converting Format Audio dan Video
Posted by syafaat on
June 18, 2008
Di Syafaat Enterprise juga terdapat khidmat menukar format (editing) untuk audio/ video
- Dari CD/VCD ke MP3
- Dari VCD ke 3GP/handphone format
- Dari Format VCD ke DVD
- Pindah file’ dari ‘Kad Memori/ Tape ke cakera CD/ DVD
- dan lain-lain aplikasi berkaitan pemindahan (burning) dan copy “file” atau tukar format “file”
* CD-R dan DVD-R ada dijual di sini





